cinta...











YA ALLAH...


JIKA ENGKAU MENJADIKAN CINTA ANTARA KAMI INI ADALAH TANDA KASIH & SAYANGMU TERHADAP KAMI,
MAKA KEKALKANLAH IA HINGGA KE SYURGAMU..



SEKIRANYA PERASAAN SYG INI ADALAH UJIAN BUAT KAMI,
BERILAH KAMI KEKUATAN & PERTOLONGAN..
DRPD MELAKUKAN MAKSIAT & KEMUNGKARAN TERHADAPMU.
DRPD LEKA, LALAI DGN BISIKAN NAFSU & SYAITAN..
ENGKAULAH SEBAIK-BAIK PENOLONG..

AKU PERCAYA CINTA & KASIH YG ENGKAU KURNIAKAN KPD KAMI
ADALAH SUCI..
AKU MEMOHON YA ALLAH, SUPAYA DGN CINTA INI,
DAPAT MENGUATKAN LAGI CINTA KAMI TERHADAPMU & KEKASIHMU,
RASULULLAH S.A.W...
DPT MENGUATKAN LAGI IMAN KAMI TERHADAPMU,
DPT MENGUTAKAN LAGI KETAQWAAN KAMI TERHADAPMU..

ALLAHU RABBI.....
ENGKAULAH YG MAHA MENGETAHUI...
AKU HANYA HAMBA YG LEMAH YG SENTIASA MENGHARAPKAN BANTUAN DR-MU..

SABAR........








Td terbaca tntg seorag muslimah yg diuji oleh Allah. skt akibat sihir. tp berkat kesabaran...dia mndpt ganjaran yg sgt besar dr Allah & Rasulullah s.a.w.


hmm..aku smpy xdpt m'baca sbb terlalu sebak. sebak memikirkan...apkh thp imanku...darjatku disisi Allah.

patutlah RabiatulAdawiyah gembira apabila diuji. krn die tahu...apabila Allah memberi ujian itu bermaksud Allah nk tggikan darjat seseorg insan 2. Allah mengasihi insan tersebut. aku pulak cpt melatah & mengeluh apabila diuji...memberontak. Astagfirullah.... cerita itu memberi pengajaran pdku....supaya bersabar. sentiasa ingat..ujian di bumi ini hanya sementara & ia akan berakhir. ganjaran Allah tiada batasnye....gajaran di dunia & akhirat.

YA ALLAH,

BERIKANLAH AKU KEKUATAN UTK MENGHADAPI DUGAAN DUNIA YG SEMENTARA INI,

BERKATILAH & REDHAILAH HIDUPKU BERSAMA INSAN2 YG AKU SAYANGI...

DIDUNIA & AKHIRAT.

SELAMATKANLAH KAMI....AMIN~





True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.



Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.



Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.



Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!



Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”



Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…



Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir.. memikirkan level imanku..

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam
bismillahhirrahmanirrahim. rini t'bce tntg cinta Allah. selama ini slalu paksa hati kate cinta hanye utk Allah. berdoa spye segala yg dilakukan krn Allah. bile terbaca artikel 2.....rse terharu sgt dgn cinta Allah. Cinta yg amat Agung...xsama dgn cinta kpd makhlukNya. Allahhu Akbar. skrg, rse lega, bahagia & berbaloi sgt2 melepaskan die [walaupon still berharap Allah pnjgkn jodoh kami] krn ingin mencari cinta Allah. cinta sbg hambaNya. walaupon skrg....cinta ini msh lemah...akan ku terus berusaha...spye ak kembali kpdNya dgn sebaik2 cara. mgkn xbole la nk pulang dlm keadaan yg sama seperti aku dtg ke dunia ni. tp....nothing impossible. =)
aku akn trus berusaha...& trus berdoa smoga Allah bantu ku..

YA ALLAH,
BANTULAH AKU UTK MENJALANI KHDPN DI DUNIA INI...
SPYE AKU TIDAK LALAI & LEKA DI DUNIA YG SEMENTARA INI.
TEMPATKANLAH AKU TEMPAT YG BAIK DISISIMU.
BERKATILAH & REDHAILAH ILMU,REZEKI & NIKMAT YG KAU BERIKAN KPDKU.
BANTULAH AKU DGN TAUFIQ & HIDAYAHMU.
BERSAMA2 DGN KEDUA-DUA IBIBAPAKU & ORG YG BERSAMAKU.


Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?
Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.

Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."

"Saya rindu ibu."

"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..

Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"

Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.

Apa kata Allah dalam hadis tersebut?

"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"

Maka Jibril pun membuat pengumuman :

"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."

Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.

Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

Bayangkan jika semua pembaca iLuvislam.com disayangi Allah SWT. Pasti dunia ini dipenuhi dengan kebahagiaan.

Tidakkah kita mahu menjadi seorang yang benar-benar dicintai Allah?

Namun, selama ini, cinta siapa yang kita kejar?

aku rindu die...tp thn jer. kawal diri & nafsu.. maaf dear. bkn niat utk ignore kamu tp...lebih tkot kalo ape yg kite wat menghampiri maksiat seterunya kemurkaan Allah. sgt menanti kamu dtg meminang. sgt mengharap dpt jd tmn hidup kmu. menyayangi & menjaga kamu sbg isteri yg sah. moga cinta yg diberi Allah kpd kita kekal hingga ke syurga. amin~
*akan ku tggu kamu. jika dipanjangkan jodoh InsyaAllah.
Ya Allah...jadikanlah rindu ini hanye utkMu.
berilah aku kekuatan utk menghadapi dugaan Mu ini. Engkaulah sebaik-baik penolong.

Mistakes....


bismillahirrahmanirrahim...
Semakin lama...semakin byk kesilapan & kesalahan yg aku lakukan.
kononnya mahu ke jalan yg benar...tp...xtaw mana satu yg benar. lbeh teruk, jalan utk ke kebaikan yg diambil tanpa pk panjang adalah salah & menyebabkan tersesat jauh...
salah jalan....:(

tp xbermaksud xboleh kembali ke jln yg benar kn....
Ya Allah...bantulah aku. Engkaulah sebaik-baik Penolong.

YA ALLAH,
KUATKANLAH IMANKU,
KUATKANLAH CINTAKU TERHADAPMU,
KUATKANLAH KETAQWAANKU TERHADAPMU,
TIADA YG LAIN YG AKU HARAPKAN MELAINKAN ENGKAU,
TUHAN YG MAHA PENGASIH.
ENGKAULAH YG MAHA MENGETAHUI AKN ISI HATI SETIAP HAMBAMU..
PELIHARALAH AKU DRPD DUGAAN DUNIA & HASUTAN SYAITAN YG DILAKNAT,
TEMPATKANLAH AKU DISISIMU,
JEMPUTLAH KEPULANGANKU DGN CARA YG BAIK...SPYE AKU PULANG DGN IMAN YG MANTAP KPDMU.
AMIN~

imanku, hatiku~

bismillahirrahmanirrahim... Ya Allah. Aku mahu hadir kpdMu. bantulah aku...utk melupakan die, mengharapkn die. penuhilah hatiku hanye dgn cintaMu yg agung.
aku kecewa dgn dia & tkot kami smkn jauh dr jln yg sbnr. berilah aku petunjuk.. berilah aku kekuatan...utk menghadapi dunia ini.

aku yakin dgn Mu...dan hanye bantuan dr Mu.

hmm....alhamdulillah..ak smakin nmpk jln utk stadi. setelah 'lost' mlm td. mmg menakutkan...ht yg hilang ttbe. aku serahkan segalanya kpd Allahku...tuhanku yg Maha Mengetahui.

kembali~

kematian...ialah 1 kemestian. tmpt kembali semua manusia kpd Pencipta. tiada yg terkecuali....termasuk aku, bersediakah aku?? Ya Allah,....

td...kat fb...aku tgk 1 video...kmlngn ngeri. kat mne xtaw cz sgt ngeri...xsggp nk tgk. Kuasa Allah. tp...ape yg terdetik di fkrn ku ialah...cne keadaan @ cara aku "pulang" nanti. aku dambakn kepulngan yg diredhai, tenang, yg aku sendiri nantikn waktu itu... Bertemu dgn Penciptaku...adlh sst yg amt indah. tp...bersediakah aku?? Aku dambakn kepulangan dlm keadaan yg baik...
Ya Allah...aku tahu...aku bkn insan yg baik..aku byk wat silap...& mgkn trus wat silap. hanye kpdMu aku meminta perlindungan...dr trus sst di dunia persinggahan ini. Aku jgk byk wat dosa & kemungkaran...Astaghfirullah...Ampunkanlah dosa2ku Ya Allah....hanye Engkau yg Maha Penerima Taubat. aku berharap dpt pulang kpdMu dlm keadaan iman yg mantap terhadap Mu [ wlaupon xkn setanding dgn iman org2 terdahulu yg bersama2 KekasihMu], aku berharap di saat kematianku...aku berada di tanah suci...dihadapan Ka'bah...rumahMu...& diredhai oleh sume insan2 & keluargaku yg kusayangi.
tp...layakkah aku?? dgn dosa yg blom pasti diampunkan... aku tkot aku pulang dlm keadaan hina...berat dgn bbn dosa. Ya Allah....Engkaulah yg Maha Mengatahui. Ampunilah dosa2 ku...Ya Allah.... Tunjukkanlah aku jln yg lurus....berilah Taufiq & HidayahMu...spy aku tidak terus lalai & leka....dgn ujianmu di bumi ini.... :(
Amin Ya Rabbal Alamin.....

mawar @ wanita......


Assalamualaikum.....


aku...wanita...yg diciptakn Allah...dgn kecantikan....Alhamdulillah.... tp Allah lbeh Maha Cantik....
ak hanye hambaNye. wanita....sinonim dgm bunga...krn kecantikannye.... =).....

ap yg aku nk share rini....adlh tntg...aku....seorg wanita yg lemah...yg amat memerlukan pertolongan & jagaan dr Penciptaku...Allah....

aku...seorg yg lembut....sukakn suasana penuh kasih syg. hidup dlm fmly yg pnuh ksh syg...Alhamdulillah....rahmat Allah.

aku mengenali ssorg [bkn muhrim] yg juga penyayang. of course...ak terpikat dgn karakternye. seorg yg baik, hbgn dgn Allah pon baik [InsyaAllah]....2 yg wat aku semakin menarik utk kenal die lbeh dlm. aku ajk die jd tmn. sgt baik....sentiasa beri nasihat....sedikit sbyk...aku bljr kenal Allah & cuba ikot perintah Allah. tp.....disitulah mslhnye bermula.... hanye aku & die.....yg ke-3 adlh syaitan laknatullah..... aku digoda...smpy xrse salah dgn ape yg aku wat[ eg: mnje2...& etc] hingga 1 tahap....aku rse xleh hidup tnpe die....Astagfirullah..
Alhamdulillah...Allah memberi petunjuk & hidayahNya. aku segera meninggalkn sumenye. mmg agk menyakitkn..... tp...Allah tolg...Alhamdulillah....

kenangan 2...meninggalkn....1 pengajaran yg amat besar. aku amt menyintainya....[Ya Allah....ampunknla dosa2ku...krn....kelemahanku :,( ]
kami wat janji [tp sumenye berpunca dr aku]....mcm2 tnpe disedari...da terlalu jauh dr rahmat Allah. yg aku nk tekankan ialah... hubungan yg xhalal disisi Allah. sbb....yg halal di sisi Allah cume pernikahan. tentulah aku xbersedia utk sume 2[pernikahan].
dia menerima keputusanku utk....menjauhi sume 2.
Alhamdulillah....

tp......
bile msuk main campus....aku diuji Allah dgn ujian yg same... Ya Allah..... kali ni dgn kaum adam yg lbeh...terpelihara[InsyaAllah] krn ayah & fmly yg...amt mnjge syariat.
tp......Ya Allah....sbb aku sekali lg...kaum adam itu....seperti lalai krn aku. aku juga...lemah dgn godaan nafsu & bisikan syaitan.... leka dgn janji2...kate2 manis...[Ya Allah...peliharalah kami semua dr prkre yg menyebabkn kemungkaran & kemaksiatan]....skali lg aku menerima adam dlm hidupku. die berjanji utk menjadikn hbgn ini halal. aku mempercayainye.......tp....kbnrn yg sbnr...hanye Allah yg Maha Mengetahui. Allah mengetahui ape yg ade dlm hati setiap hambanye....sdgkn kami tidak.
perkataanye....membuat aku yakin...hbgn ini "ok"...tp hakikatnye sama jer....menjurus ke lembah maksiat. aku xsalahkn die cz salah aku. aku tahu...ujian plg besar adam adlh hawa. so, aku cume mnta Allah tunjukkan aku...jln yg sebenar.... Ya Allah...aku menerimanya krn agmenye....krn syariat [ dr ucapannye yg menunjukkn die mnjge syariatMu] yg die pgg. aku cume mahu lbeh mengenaliMu....mndpt RahmatMu...RedhaMu....tp......aku lupe sbnr'e aku telah mencampur adukkn yg halal & yg haram....Astagfirullah....ampunkn dosaku krn kelemahan imanku Ya Allah.....
tp....dr....sifatnye...dpt ku teka....hbgn ni...akn semakin jauh dr jln yg sbnr. Hanye Allah yg Maha Mengetahui.... aku insan yg lemah...xtaw ape yg terbaik utk diriku sndri....

aku mmbuat kptsn utk tinggalkn sume ni sekali lg. akan dtg..aku xtaw lg....adakh aku msh akn lalai seperti ini. hanye Allah ygMaha Mengetahui. aku cume hamba yg lemah meminta pertolongan drNya. peliharalah aku Ya Allah.......tiada tmpt len yg aku harapkn selain dr Mu....
selamatkan lah aku...dr trus tersasar dr jln Mu yg lurus......
kuatknla imanku... jgnlah Kau biarkn aku kembali kpdMu dlm keadaan yg amat hina...pnuh dosa....... aku mahu kembali...dgn keimanan yg mantp walaupun xkn dpt aku pulg kpdMu dlm keadaan beriman seperti org2 yg bersama kekasihMu, Rasulullah s.a.w. .... :(...... laailahaillahlah...


Allah........





Assalamualaikum w.b.t




title atas ni....sgt byk makna.... Xtaw nk crite cane. Wailallahi turjau'l umur....mksd'e sume'e akn kmbali kpd Allah.


ayt ni...ade sorg shbt yg bgtaw. smpy skrg ak ingt... Syukran...ya Akhi. wlopon mgkn skrg kmu m'benci ku...ats kesilapan2 ku. ak hormati sgle khndakmu....




sblm 2....sy nk mulakn ngan...bismillahirrahmanirrahim.


Hanya kpd Allah....ak minta perlindungan. ak cume insan biasa yg lemah & slalu melakukn kslhn.




ok...


start luahan ht...
Td kat kelas....lctrr tanye.... tntg fmly nabi kite Muhammad s.a.w.

then...aku xdpt jwb [sbnr'e xingat sgt tntg nabi] pastu....ayt die yg plg aku ingt.....



U claim that u love him...then cane plak kmu bole xingt fmly nabi kmu??? itukah yg kmu kate " i luv Muhammad s.a.w."....

kalo b'cinta ngan yg bkn muhrim bkn men lg....mknn kegemrn, mnumn kegemrn, hobi, smpy stiap pergerakn/jdwl harian die kmu taw.....
tp... nabi kite???


Ni kali ke-2 aku ditanye tntg Rasulullah s.a.w.


Ya Allah.... Mgkn ni hidayah & petunjuk yg Allah bg.....utk aku sedar bhwe.....aku....xambik berat tntg org yg dlu....di saat hjg nyawa baginda....menyebut kalimah 'ummati ummati ummati'....

Aku adlh umat Baginda Rasulullah....tapi.....ap yg ak da wat spnjg hidupku??

adakah aku ingt pesan Baginda? adakah aku amalkn ap yg diajarkn? adakah aku tinggalkn ape yg dilarang?


Ya Allah.....aku hamba yg lemah.... tanpe pertolonganMu....siapalah aku di bumi Mu ini...

tanpe RahmatMu, tanpe RedaMu.....xtaw la....siapa aku.....


slalu aku....katekn dlm hati bhwe Kau sentiasa bersamaku.....

sentiasa aku mohon agar Kau...kuatkn imanku trhadapMu, detikkn hatiku agar sentiasa mengingatiMu. tp ape usaha aku agar Kau makbulkn permintaan ku??


Ya Allah....hambe ini lemah.... sbb 2 ak sentiasa memohon hanya drpdMu.

Kau lah yg Maha Mengetahui segala yg berada dlm ht hamba2 Mu. Kau la yg Maha Berkuasa...

hanya padamu ku meminta....& hanya kepada Mu tmpt aku kembali.

bantulah aku utk menghadapi segala ujian Mu di dunia ini....tmpt persinggahan ini.

Janganlah Kau beri ujian yg menjadikan aku lalai dr mentaati segala perintahMu.....

Kau lah yg Maha Mengetahui ap yg terbaik utk diriku.... Berilah aku petunjuk ke jalanMu yg lurus. aku menyerahkn segalanye kepadaMu Ya Tuhanku.....




Kau sahabatku...~


Assalamualaikum.....
bile aku keluar dr ngri kelahiranku.....jauh dr ibubapa...sdre2....adk-beradik.....yg jd tmn ku adlh sahabat.
mmg byk kenangan time skul men [cz aku dok jauh & xpandai bergaul]
Byk bljr....esp cne nk hormat, b'ckp ngan mereka.
okey...hbs mse lampau.
skrg....ade life baru....bersama sahabat baru....di u** ******
room8 / kluarge ke-2 ku.
sgt enjoy life ni bile bersama mereka. sgt rapat....& sgt syg mereka.
tp...skrg kami ade konflik... Sorg dr kami...'skt' mgkn. Kami cube tolong.....tp....ade gak yg xenak.. Ade komen2 xbest...hmmm.....cane ye???
xnk la timbul perasaan "meluat/menyampah".....:(
Ya Allah....bantula kami....
Kami taw ni sume ujian drMu.
Tabahkanlah ht kami......

utk hatiku yg amat lemah~



Assalamualaikum.....

Sempena Ramadhan yg Mulia.....ramai kate bykkn berdoa bln ni..... InsyaAllah sbb barakah bln ni....doa dimakbulkan...

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yg lembut basah mengingati & menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmtMu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kpd perintahMu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar2 mantap.
Ya Allah, kurniakanlah kami Din cara hidup yg jitu & unggul, selamat dr segala malapetaka. kami mohon kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa org lain. berikanlah kami iman yg sebenarnya sehingga kami tidak lg gentar atau mengharap org lain selain dr Engkau sendiri, atau menyembah selain dr Engkau sendiri. kembangkanlah lembayung rahmatMu kpd kami, keluarga & anak2 kami serta sesiapa shj yg bersama2 kami. jangan Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yg lebih pendek dr itu.

Ya Allah, terimalah amalan kami. sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mendengar, Maha Mengatahui.
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami org yg berserah diri kpd Mu & anak cucu kami juga umat yg berserah diri kpd Mu.

Ya Allah...kurniakanla aku kebahagiaan & kejayaan di dunia & akhirat bersama insan2 yg tersayang.

Ya Allah
Send me Your Mercy through the Qur'an
Make it for me as the imam, the light, the guide, the mercy

Ya Allah
Remind me what I have forgotten
Teach me what I am ignorant of
Bestow on me the ability of reciting it
All through the night..
All through the day..


Ya Allah
Allow me to feel the mercy
Allow me to see the light
Allow me to understand the guide
That You are sending me
Through this blessed book (al-quran)
In this blessed month
For, this could be my last chance.
For, I might not see another Ramadan.
Amiin..Ya Arhamarraahimiin..


4 Ramadhan = hari ke-4 aku pose...

Assalamualaikum....
hmmm....title 2...xde kaitn pon dgn ape yg aku nk ckp ni....
rini...bgn sahur cm bese. tp...cume Allah yg Maha Mengatahui ape yg luarbiasa rini. mksd aku...mgkn niat aku rini....usaha aku rini....ape yg aku pk rini...ape yg aku wat rini...& etc....aku rse bese...tp bg Allah...Die taw ape yg berbeze.
ok...tamat introduction.
nk tulis sth yg...aku tertarik ketika baca'e hr ni....
[so...konfem2 la ni bukan ayt aku] huhu~


"Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.

Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara."



sgt2 setuju ngan ape yg die ckp.... aku mmg tgh lawan. tp..sbb da biasa...jd ssh sket. InsyaAllah...aku bole. Cume pertolongan Allah yg aku harapkan.
hmmm......

wasalam~

"tunjukilah kami jalan yg lurus"

Assalamualaikum...

(da xleh wat tlsn jawi cz da format smule lptp & xtaw cane nk wujudkn smule tlsn jawi 2....)


hmm......skrg bln ramadhan... Mmg sgt dinanti bln ni.... tp...bile da tibe...rse cm diri ni xhargai plak peluang ni.


skrg da msuk main camp. mcm2 berlaku....mcm2 yg aku bljr...

tp yg utame rse syukur sgt sbb bljr kenal Allah, cinta Allah, ingt Allah... tp...aku ni bukan malaikat. yg imannye sentiasa meningkat. aku cume manusia biasa...yg kdg2 ingat, kdg2 lupe. ooo....ye....ingat lg td lectrr...kate....


hati = qalbu(ni dlm bhse arab)

qalbu = berubah

so, hati manusia = sering berubah2
[kalo clp hrp ade yg tegor]


nk ckp kat cni....2la klmhn aku n manusia yg len.

aku kdg2 dpt pk....scre rasional...tp byk kali...xrasional.huhu~

aku(manusia) sgt lemah....xthn ujian.... cume Allah yg Maha Berkuasa......

hmm...

*kalo la aku dpt bersua dgn mereka...aku nk mntk maaf sgt2 sbb mainkan ht mereka :((

hrp mereka memahami ht ku yg msh goyah & sgt lmh ketika itu... Ya Allah...aku serahkn sumenye kpdMu......

skrg...ade sorg ni...yg aku bg harapan....insyaAllah...aku xberi hrpn palsu lg. terima die seadanye krn agamanye..cintanya pd Allah. hrp die dpt bimbingku ke jln yg lurus...mencapai kebahagiaan & kejayaan dunia & akhirat bersama2. yg utama...mndpt Rahmat & RedhaNya. Amin~


ok...da hbs introduction...hehe~

tntg "tunjukilah kami jln yg lurus".....
[Al-Fatihah:6]


inilah idaman ku....sentiasa berdoa.... jln yg lurus di dunia & akhirat.
di dunia byk ujian....& seringkali aku tersasar dr jln yg bnr.
di akhirat....xtaw lg :(( [Ya Allah....hanye Kau yg Maha Mengetahui]


" Aku sambut panggilanMu, aku penuhi dgn sukacita, sesungguhnya aku mendgr, taat & akan melaksanakannya. Engkau berhak & layak mendapat semua itu & segala puji kembali hanya kpdMu"


"Ya Allah, aku adalah hambaMu, miskin & memerlukanMu, aku hambaMu yg fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Tuhanku yg Maha Mulia & Maha Penyayang. Aku xmampu utk bersabar jika Engkau xmenolongku utk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku & memberiku kekuatan. tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya pdMu, tidak ada yg dpt memberi pertolongan kpdku kecuali hanya Engkau. tidak ada tempat berpaling bagiku dr pintuMu & tidak ada tempat utk lari drMu"